Ahad, 18 Disember 2011

*DOA TAUBAT*








~ AMPUNI YA ALLAH, TUHAN PENTADBIR MAKHLUK...
~ AMPUNI YA ALLAH, DARI SEGALA KESALAHAN...
~ AMPUNI YA ALLAH, TUHAN PENTADBIR MAKHLUK...
~ AMPUNI YA ALLAH, DARI SEGALA KESALAHAN...
~ YA TUHANKU, TAMBAHI BAGIKU, ILMU YANG BERMANFA'AT...
~ DAN TAUFIQKAN AKU DENGAN AMALAN YANG DITERIMA...
~ DAN KURNIAKAN AKU, REZEKI YANG LUAS...
~ DAN TERIMALAH ATAS KAMI, TAUBAT YG SUCI...
~ DAN TERIMALAH ATAS KAMI, TAUBAT YG SUCI...

Khamis, 15 Disember 2011

~Siapakah orang yang PALING sibuk?~


 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Allah Taala berfirman :
 
Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku tersibukan dariingat akan (kekuasan) Tuhanku, sampai matahari terbenam." (Shaad : 32)
 
Siapakah orang yang kuat?
 
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Rasulullah saw bersabda :
 
“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)
 
Siapakah orang yang lemah?
 
Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
 Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 
 Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata:
 "Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Imam Muslim)
 
 

=`Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...`=




1.   untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
 
2.            untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
 
3.            untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
 
4.       untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
 
5.       untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
 
6.         untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.
 
7.           untuk rungutan ketika sedang menyelesaikan assignment yang ditugaskan pensyarah kerana itu bermakna kita masih diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran dan menuntut ilmu.
 
8.         untuk rungutan ketika ternampak dicermin telah tumbuh satu jerawat diwajah kerana itu bermakna kita masih lagi dikurniakan nikmat penglihatan oleh Allah untuk menghayati kebesaran-Nya.
 
9.      untuk kekesalan & kekecewaan dalam percintaan pabila cinta yang ditunggu-tunggu dari manusia tidak kunjung tiba kerana itu bermakna Allah ingin mengambil kita kembali dari terus-menerus lalai & leka bercinta dengan manusia yang mengecewakan dalam memegang janji & amanah.
 
Dalam kita melangkah dalam perjuangan terkadang diuji dengan ujian yang terasa sangat berat sehingga kita terduduk dan menangis layu. Peritnya terasa. Tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang yang terkoyak lantaran ada langkah yang tersasar dari landasan keikhlasan dan ketaqwaan. Semoga diberikan kekuatan untuk teruskan perjuangan.
 

~NILAI HARGA SETITIS AIR MATA~






Menangis krn ALLAH,takut krn tdk dapapt mencintai-NYA dgn melaksanakan perkara2 wajib dan Sunat dan Berzikir.
Menangis krn RASURULLAH,tdk dapat menjalankan sunah Nbi dan meni SAMcontohi peribadi NabI saw.
Menangis krn gagal menjadi Hamba ALLAH,byk membuang waktu dgn perkara yg tdk nerfaedah,malas beribadah dan berbut kebaikan.
Menangis krn Ibu bapa,tdk dpt menjadi anak yg sentiasa mendoakan ibu bapanya tdk meluangkan waktu utk berbaktiu pada mrk.

Ketahuilah hidup ini penuh dgn tangisan,sejak kita dilahirkan kedunia dgn tangisan,tatkala dewasa kita di uji dgn pelbagai tangisan dlm celah2 kehidupan kita,kelak kita mati akan diiringi dgn tangisan dan dihantar ke kuburan dgn tangisan'

~Menangislah sebagaimana Nabi SAW sedih akan keadaan dan kesudahan umatnya.
~Menangislah sbgmn Saidina ALI:''wahai dunia! jgnlh engkau perdayai diriku..
~Menangislah sbmna Saidina UMAR: dgn hibahnya khuatir semua org masuk syurga kecuali dirinya.
~Menangislah spt wanita ANSAR:sedih krn tdk ada lagi anaknya utk dihantar berperang,krn kesemuahnya tlh mati dlm perang jihad.
~Menangislah sbgmn SYEIKH ABU YAZID:berpaling dari BIDADARI tatkala menyedari hilangnya kemanisan bermunajat pd ALLAH.
~Menangislah sbgmn RABIATUL ADAWIYYAH:tdk menginginkn SYURGA dn takutkan NERAKA krn dlmnya CINTA-NYA kpd ALLAH.

Rabu, 14 Disember 2011

Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita







Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.








Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.