Khamis, 15 Disember 2011

=`Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...`=




1.   untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
 
2.            untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
 
3.            untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
 
4.       untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
 
5.       untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
 
6.         untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.
 
7.           untuk rungutan ketika sedang menyelesaikan assignment yang ditugaskan pensyarah kerana itu bermakna kita masih diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran dan menuntut ilmu.
 
8.         untuk rungutan ketika ternampak dicermin telah tumbuh satu jerawat diwajah kerana itu bermakna kita masih lagi dikurniakan nikmat penglihatan oleh Allah untuk menghayati kebesaran-Nya.
 
9.      untuk kekesalan & kekecewaan dalam percintaan pabila cinta yang ditunggu-tunggu dari manusia tidak kunjung tiba kerana itu bermakna Allah ingin mengambil kita kembali dari terus-menerus lalai & leka bercinta dengan manusia yang mengecewakan dalam memegang janji & amanah.
 
Dalam kita melangkah dalam perjuangan terkadang diuji dengan ujian yang terasa sangat berat sehingga kita terduduk dan menangis layu. Peritnya terasa. Tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang yang terkoyak lantaran ada langkah yang tersasar dari landasan keikhlasan dan ketaqwaan. Semoga diberikan kekuatan untuk teruskan perjuangan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan