Satu
agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda
pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta
oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan
persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi
syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala
terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.
Sedarkah
kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6
bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni
persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan
ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup
mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4
perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu
rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan
utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara
langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung
sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Jadi
apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian
jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan
tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah
malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun
percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin
cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten
dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia
dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah
Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang
banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan
kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.
Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.
Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan